Friday 15 September 2017

‘COMMON QUESTIONS’ TENTANG HARTANAH


Ramai di antara kita tertanya tanya tentang proses atau apa saja berkaitan dengan perumahan.  Adakah anda termasuk di dalam golongan yang bertanyakan soalan soalan di bawah. Jika ya, kami ada jawapan bagi setiap soalan tersebut. Kami membantu anda memberikan jawapan terhadap segala persoalan yang anda utarakan. Ini sekadar contoh soalan yang sering kami ketemui dalam menjalankan penerangan dan bantuan khidmat nasihat tentang hal hal berkaitan perumahan.
·         saya nak beli tapi gaji saya macam tak cukup je? 
·         Umur saya dah 41 tahun, berapa tahun saya boleh buat pinjaman? 
·         Gaji saya cash, boleh buat ke? 
·         Saya memang masuk gaji dalam bank, tapi saya tak ada epf, socso, takde ea form semua. Macam mana? 
·         Saya tak mampu nak beli rumah baru, kalau rumah subsale atau lelong macam mana? 
·         Bank apa yang bagus? 
·         Nak ambil konvensional atau islamik loan? 
·         Hutang bulanan saya ada tertunggak, boleh ke saya mohon pinjaman bank? 
·         Bank reject permohonan saya tapi saya rasa saya dah bayar habis hutang yang blacklist. 
Location rumah macam mana? 
·         Saya dah ada first rumah, saya nak beli rumah kedua. Boleh guna epf dan peminjam yang sama as second borrower tak? 
·         Saya dah ada terrace, tiba tiba teringin nak beli flat untuk buat second house. Boleh ke?
·         Lawyer ini untuk apa pula? Boleh ke kalau saya cuma nak guna satu lawyer sahaja?
·         Saya dah buat value tentang rumah saya pada 3 tahun yang lepas. Sekarang saya dah ada renovate sikit sikit.  Boleh ke saya tambah kos saya ke dalam valuation yang saya pernah buat dahulu?
·         Saya risau kalau beli rumah tengah buat takut tiba tiba pemaju tutup, bagaimana nak elak risiko seperti itu?
·         Saya ada aset sebuah rumah teres, bolehkah saya gunakan rumah saya untuk menstrukturkan kewangan saya kembali?
·         Bolehkah saya mendapat pengecualian bayaran pada setiap tahun, contohnya untuk musim cuti sekolah?
·         Saya terlewat membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan saya. Apakah yang akan berlaku?
·         Rumah saya telah disita. Apakah cara untuk saya lakukan?
·         Saya berurusan dengan seorang brooker hartanah yang tidak mempunyai lessen yang sah. Apakah ia akan  membawa risiko bagi saya?
·         Saya ingin membeli hartanah untuk pelaburan, apakah jalan yang terbaik?
·         Sebelum membeli apakah yang terbaik untuk dilakukan bagi mendapatkan rumah idaman yang berkualiti dan menepati segala kemudahan?
·         Antara menjual rumah pertama saya dan menjadikan ia sebagai satu pendapatan sewa bulanan, yang manakah lebih baik?
·         Saya tak tau langsung pasal dunia pinjaman, tolong advise. Boleh?
Ya, ini hanyalah sebahagian dari pertanyaan yang mungkin sedang bermain di fikiran anda. Kami membantu menyelesaikan persoalan anda dengan khidmat nasihat oleh pakar pakar kami.


ANDA ADA KEMUSYKILAN, KAMI AKAN BANTU. 

No comments:

Post a Comment