Monday 4 December 2017

PENGALAMAN BERSAMA PELANGGAN BERNAMA CIK IDA

Semalam seorang pelanggan bernama cik Ida telah memohon untuk mendapatkan satu pelan perlindungan takaful buat dirinya.  Fokus utama Cik Ida adalah untuk mendapatkan perlindungan takaful jika berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal pada dirinya. Walaupun syarikat tempat Cik Ida bekerja mempunyai fasiliti medical card untuk kegunaan Cik Ida, namun terdapat perkara yang perlu diperbaiki dan ditambah baik.  Melihat teman sekerja yang telah didiagnose dengan penyakit buah pinggang pada usia muda, amatlah menggerunkan dirinya.  Pekerjaannya juga yang sering berhadapan dengan komputer setiap hari dalam tempoh yang panjang, membuatkan dirinya juga semakin risau.

Cik Ida juga memohon untuk mendapatkan perlindungan penyakit kritikal berjumlah RM100,000 buat dirinya.  Ini semua kerana Cik Ida merasakan dirinya perlu untuk menghadapi persediaan penyakit kritikal yang bila bila saja boleh menyerang tanpa sebarang tanda tanda awal.

Cik Ida memohon perlindungan takaful dengan bajet bulanan seperti berikut:

Bajet Caruman Bulanan: RM135
Tempoh Perlindungan: 25 tahun
Tempoh Bayaran: 20 tahun (percuma 5 tahun tanpa bayaran/komitmen bulanan)
Jumlah perlindungan: RM250,000
Jumlah pampasan penyakit kritikal: RM100,000
Jumlah Tunai di akhir polisi: anggaran RM22,000 (+/-)

Untuk pengetahuan, Cik Ida berjawatan sebagai seorang eksekutif dan berumur 34 tahun.

Bagaimana pula dengan mereka yang memohon pada usia yang lebih muda? Bagi mereka yang berusia di bawah 29 tahun,  sebagai contoh saya ambil seorang wanita berusia 25 tahun dan  berjawatan eksekutif.  Beliau juga diberikan perlindungan yang serupa seperti Cik Ida. Ini adalah cth ilustrasi beliau.

Bajet Caruman Bulanan: RM100
Tempoh Perlindungan: 25 tahun
Tempoh Bayaran: 20 tahun (percuma 5 tahun tanpa bayaran/komitmen bulanan)
Jumlah perlindungan: RM250,000
Jumlah pampasan penyakit kritikal: RM100,000
Jumlah Tunai di akhir polisi: anggaran RM23,000 (+/-)

Di situ dapat dilihat perbezaan bulanan mereka yang agak ketara. Dengan hanya RM100 wanita tersebut boleh mendapatkan perlindungan yang setara dengan Cik IDa. Mengapa? Ini kerana bagi sistem perlindungan insuran dan takaful, usia yang muda membawa risiko yang lebih rendah berbanding mereka yang telah meningkat usianya. Disebabkan itulah, kadar caruman bulanan mereka berbeza walaupun mereka mendapatkan perlindungan yang sama.  Kita digalakkan untuk mengambil perlindungan takaful pada waktu waktu berikut:

  • Muda
  • Sihat
  • Mampu

3 perkara ini sangat penting, muda kerana ianya membawa kepada caruman bulanan yang rendah.  Sihat kerana jika anda telah didiagnos mempunyai beberapa penyakit yang tergolong dalam penyakit kritikal atau yang mendapatkan rawatan susulan di hospital, anda mungkin sukar untuk memohon perlindungan takaful.  Mampu, takaful sebenarnya adalah salah satu perlindungan untuk pendapatan anda.  Jika satu hari nanti kemampuan anda telah tiada, maka takafullah yang akan membantu anda untuk meneruskan segala perbelanjaan anda.  Mohon ketika mampu, dan jadikan ia perlindungan dari ketidakmampuan anda kelak.

RAIS ALIMIN
'YOUR FRIENDLY TAKAFUL ADVISOR'
0149072756
AAA AGENCY
GREAT EASTERN TAKAFUL


CONTOH ILUSTRASI UNTUK SEORANG WANITA BERUSIA 25 TAHUN. CARUMAN BULANAN RM100, PERLINDUNGAN UNTUK 25 TAHUN DENGAN 5 TAHUN BAYARAN PERCUMA.