Monday 4 December 2017

PENGALAMAN BERSAMA PELANGGAN BERNAMA CIK IDA

Semalam seorang pelanggan bernama cik Ida telah memohon untuk mendapatkan satu pelan perlindungan takaful buat dirinya.  Fokus utama Cik Ida adalah untuk mendapatkan perlindungan takaful jika berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal pada dirinya. Walaupun syarikat tempat Cik Ida bekerja mempunyai fasiliti medical card untuk kegunaan Cik Ida, namun terdapat perkara yang perlu diperbaiki dan ditambah baik.  Melihat teman sekerja yang telah didiagnose dengan penyakit buah pinggang pada usia muda, amatlah menggerunkan dirinya.  Pekerjaannya juga yang sering berhadapan dengan komputer setiap hari dalam tempoh yang panjang, membuatkan dirinya juga semakin risau.

Cik Ida juga memohon untuk mendapatkan perlindungan penyakit kritikal berjumlah RM100,000 buat dirinya.  Ini semua kerana Cik Ida merasakan dirinya perlu untuk menghadapi persediaan penyakit kritikal yang bila bila saja boleh menyerang tanpa sebarang tanda tanda awal.

Cik Ida memohon perlindungan takaful dengan bajet bulanan seperti berikut:

Bajet Caruman Bulanan: RM135
Tempoh Perlindungan: 25 tahun
Tempoh Bayaran: 20 tahun (percuma 5 tahun tanpa bayaran/komitmen bulanan)
Jumlah perlindungan: RM250,000
Jumlah pampasan penyakit kritikal: RM100,000
Jumlah Tunai di akhir polisi: anggaran RM22,000 (+/-)

Untuk pengetahuan, Cik Ida berjawatan sebagai seorang eksekutif dan berumur 34 tahun.

Bagaimana pula dengan mereka yang memohon pada usia yang lebih muda? Bagi mereka yang berusia di bawah 29 tahun,  sebagai contoh saya ambil seorang wanita berusia 25 tahun dan  berjawatan eksekutif.  Beliau juga diberikan perlindungan yang serupa seperti Cik Ida. Ini adalah cth ilustrasi beliau.

Bajet Caruman Bulanan: RM100
Tempoh Perlindungan: 25 tahun
Tempoh Bayaran: 20 tahun (percuma 5 tahun tanpa bayaran/komitmen bulanan)
Jumlah perlindungan: RM250,000
Jumlah pampasan penyakit kritikal: RM100,000
Jumlah Tunai di akhir polisi: anggaran RM23,000 (+/-)

Di situ dapat dilihat perbezaan bulanan mereka yang agak ketara. Dengan hanya RM100 wanita tersebut boleh mendapatkan perlindungan yang setara dengan Cik IDa. Mengapa? Ini kerana bagi sistem perlindungan insuran dan takaful, usia yang muda membawa risiko yang lebih rendah berbanding mereka yang telah meningkat usianya. Disebabkan itulah, kadar caruman bulanan mereka berbeza walaupun mereka mendapatkan perlindungan yang sama.  Kita digalakkan untuk mengambil perlindungan takaful pada waktu waktu berikut:

  • Muda
  • Sihat
  • Mampu

3 perkara ini sangat penting, muda kerana ianya membawa kepada caruman bulanan yang rendah.  Sihat kerana jika anda telah didiagnos mempunyai beberapa penyakit yang tergolong dalam penyakit kritikal atau yang mendapatkan rawatan susulan di hospital, anda mungkin sukar untuk memohon perlindungan takaful.  Mampu, takaful sebenarnya adalah salah satu perlindungan untuk pendapatan anda.  Jika satu hari nanti kemampuan anda telah tiada, maka takafullah yang akan membantu anda untuk meneruskan segala perbelanjaan anda.  Mohon ketika mampu, dan jadikan ia perlindungan dari ketidakmampuan anda kelak.

RAIS ALIMIN
'YOUR FRIENDLY TAKAFUL ADVISOR'
0149072756
AAA AGENCY
GREAT EASTERN TAKAFUL


CONTOH ILUSTRASI UNTUK SEORANG WANITA BERUSIA 25 TAHUN. CARUMAN BULANAN RM100, PERLINDUNGAN UNTUK 25 TAHUN DENGAN 5 TAHUN BAYARAN PERCUMA.

Wednesday 22 November 2017

BRO AKU NAK BELI RUMAH TAPI KENA REJECT!!!!!! STRESSS

KERISAUAN TENTANG MASA HADAPAN

“Aku kusut la Rais, pinjaman perumahan aku bank reject?”
“Reject? Diorang cakap tak reject sebab kenapa?”
“hmmm.. diorang cakap diorang tak boleh nak approve sebab kerana punca pendapatan aku tak cukup syarat.”
“Kau tak join income dengan wife kau? Bukan suzana tu bekerja ke Amir?”
“Kerja, tapi kau fahamlah Rais. Suzana, kerja gaji tunai. Maklumlah kerja pembantu kedai. Aku pulak kebanyakan gaji aku dari overtime.”
“Oh ye ke?”
“Ye Rais, that’s why aku datang jumpa kau ni. Aku nak mintak nasihat dari kau. Aku buntu la Rais, kalau jadi apa apa pada aku nanti macam mana? Kat mana anak isteri aku nak tinggal? Sekarang ni menyewa lagi, sok lusa?”
“Sabar Amir, ada jalannya nanti. InsyaAllah…”

Mungkin ada segelintir dari anda yang tersepit dalam situasi di atas? Mungkin anda adalah Amir, yang pernah ditolak permohonan membeli rumah kerana masalah pendapatan. Sebagaimana Amir memikirkan masa hadapan isteri dan anaknya, sebegitu juga anda dan saya sendiri.  Kita juga punya keluarga untuk difikirkan tentang masa hadapan kita.  Sebagai ketua keluarga, itulah tanggungjawab Amir untuk menyediakan yang terbaik buat keluarganya. Namun adakalanya, halangan itu boleh datang dari pelbagai arah.  Mari kita bercerita tentang sesuatu yang bergelar realiti. Berapakah harga rumah yang mampu anda miliki jika dibandingkan dengan pendapatan anda kini? Jujur, tanya pada diri anda? Tinggi bukan? Ada yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi bagi sesetengah daripada kita. Tinggal di bandar besar dengan perbelanjaan yang menyerang dari segenap arah sememangnya menyukarkan kita.  Kadangkala kita terhimpit di antara keperluan dan kemahuan. Kemahuan yang mana pada masa kini sudah boleh dianggap sebagai satu keperluan.  Ada perbelanjaan yang tak mampu kita tolak akibat sesuatu yang sememangnya wajib kita lalui. Hendak menyimpan boleh, tapi berapa kali simpanan itu terpaksa kita sentuh bila berlaku sesuatu musibah. Berapa kali? Tahniah pada yang berdisplin dan kental tidak mengusik simpanan anda waima pelbagai masalah yang terpaksa anda harungi. Namun tidak semua dari kita ini kental dan berhati waja untuk bersikap sedemikian. 

Mari kita buat sedikit perkiraan tentang membeli sebuah rumah.  Saya akan ambil jumlah pinjaman berjumlah RM250,000 sebagai contoh.  Jika anda membuat pinjaman untuk RM250,000 jumlah bayaran pinjaman anda pada kebanyakan bank samaada konvensional atau islamik, ianya di antara RM1243.00 hingga RM1365.00 sebulan. Bergantung kepada bank yang anda mohon.  Ansuran bulanan tersebut mestilah tidak melebihi 40% dari pendapatan anda. Jika anda berpendapatan RM3500.00 sebulan anda mungkin layak untuk membuat pembiayaan perumahan anda. Namun anda harus ingat, jumlah perbelanjaan bulanan anda termasuk ansuran tidak boleh melebihi 60% dari jumlah gaji anda. Mari kita buat sedikit jadual perkiraan:

Gaji anda RM3500
Perbelanjaan bulanan tetap (bank)
Ansuran Sewa Beli Kereta RM500
Ansuran pinjaman peribadi jika ada RM100
Ansuran Asb loan jika ada RM150
Ansuran bulanan perumahan RM1243 (ambil paling rendah)
Jumlah Perbelanjaan Bulanan RM1993.00
Jumlah Perbelanjaan dari Gaji Bulanan:  56%

Di atas kertas ini adalah kelayakan anda dan anda layak untuk membuat pinjaman. Persoalan saya sekarang, berapa ramai yang mempunyai pendapatan seperti itu secara tetap pada setiap bulan? Ada diantara kita yang berpendapatan kurang dari itu. Mungkin ada yang lebih dari itu namun kebanyakannya adalah kerja lebih masa.  Ada yang bergaji tunai, ada yang sekadar menggunakan payment voucher.  Tiada epf, tiada penyata bank, tiada penyata gaji tahunan syarikat, dan lain lain dokumen yang mampu membuktikan anda layak untuk menyatakan “saya layak dengan gaji ini”.  Ini belum diambil kira wang deposit sebanyak 10% daripada rumah yang anda ingini.  Berapa rata rata rumah di sekitar Kuala Lumpur? Ambil contoh RM200,000.  10% darinya adalah RM20,000. Namun masih adakah rumah baru yang berharga sebegini? Ok, anda dah cuba cari namun tiada. Yang ada rumah subsale yang boleh anda dapati dengan harga tersebut.  Deposit anda kena sediakan, bagaiman pula dengan yuran guaman? Penilaian semula hartanah? Lain lain kos yang mungkin timbul?

Amir tersepit dalam masalah sebegini. Dia mempunyai pendapatan yang layak untuk dia memohon.  Namun dia tidak dapat membuktikan ianya tetap dan berdokumentasi seperti mana yang pihak bank inginkan. 

”Amir, apa matlamat kau yang sebenarnya?”
“Aku cuma ingin dapatkan sebuah rumah untuk isteri dan anak anak aku jika aku dah tiada satu hari nanti bro. Kerja aku ni kadangkala buat aku risau juga. Tambah pula sejak dua menjak badan aku dah tak sekuat dulu bro. Hujan sikit dah demam”

Disini matlamat Amir adalah untuk menyediakan sebuah rumah kediaman buat keluarganya.  Saya menyediakan sesuatu program bagi Amir. Saya gelar ia sebagai Early Home Settlement Program ataupun dikenali juga sebagai Program I-Mega. Apa faedah bagi Amir? Apa yang Amir akan dapati? Kebiasaannya I-Mega ini kebanyakan pesertanya adalah mereka yang telah membeli rumah untuk membuat -  perlindungan terhadap aset dan juga pinjaman mereka terutamanya.  Jumlah perlindungan yang besar yang cukup untuk menampung hutang pinjaman dan masih mempunyai baki untuk diguna pakai sebagai simpanan atau perbelanjaan jika pencarum ditimpa kematian.

Fokus ya, kita sedang membincangkan matlamat Amir yang mahu nasib isteri dan anaknya terbela setelah ketiadaannya nanti. Amir mahukan sebuah rumah, Amir mahukan sebuah perlindungan, Amir mahukan sebuah teratak untuk kebahagiaan isteri dan anaknya. Mari kita lihat profil Amir.

Umur 27 tahun
Pekerjaan Kerani Kilang
Pendapatan sebulan RM2900 termasuk Overtime
Kesihatan: setakat ini baik, sekadar demam dan batuk selsema.
Rawatan:  masih dibawah perbelanjaan syarikat namun tertakluk kepada amaun tertentu.

Amir layak untuk membuat perlindungan I-Mega sebanyak RM250,000 dengan bayaran hanya RM100 SEBULAN. Ya, AMIR HANYA MEMBAYAR SEBANYAK RM100 SEBULAN BERSAMAAN RM1200 SETAHUN. Ini adalah ilustrasi untuk perlindungan Amir.





Anda boleh lihat di atas perlindungan yang Amir perolehi untuk 25 tahun bersama Great Eastern Takaful. Apa yang menarik adalah, Amir hanya membayarnya untuk 20 tahun sahaja. Ya, Amir hanya perlu membayar untuk 20 tahun sahaja walaupun perlindungannya adalah untuk 25 tahun.

Kini mari kita renungkan. Amir sudah mempunyai wang perlindungan yang mencukupi jika satu hari nanti berlaku sesuatu keatasnya, masa hadapan isteri dan anaknya telah terjamin. Yang lebih penting, Amir hanya membelanjakan RM100 sebulan untuk keluarganya yang tersayang. Renungkanlah dan fikirkanlah. Saya hanya mampu membantu Amir sebegini rupa, dan hanya mampu memberikan pendapat dan nasihat kepada anda. Terpulang pada anda menentukannya.

Ahmad Rais Alimin @ Raisz Ahmad
Perancang Kewangan dan Perunding Takaful (AAA Agency)
Great Eastern Takaful
014-9072756
Fb page: Charasss
Website: takafulterhebat.blogspot.com 

RM100 JADI RM200,000? REALITI ATAU FANTASI?



The power of RM100 ini adalah menifestasi kekuasaan RM100 yg jarang diterokai oleh orang kebanyakan.
Fikirkan bersama...
RM100 kalau dibelanja habis begitu sahaja setiap minggu, tidak akan menjadikan anda seorang yang miskin papa kedana.
Begitu juga RM100 kalau disimpan dimana mana institusi kewangan, tidak akan menjadikan anda jutawan berharta.
Namun RM100 ni kalau disumbangkan ke dalam Takaful akan memberi rasa lega kepada diri anda dan keluarga tercinta.
Yakni dengan sumbangan RM100 setiap bulan, tanggungan keluarga secara langsung akan terlindung serta terjamin dengan sejumlah pampasan bernilai RM200,000 untuk kematian & lumpuh.
Menukar RM100 kpd RM105 itu simpanan bank.
Menukar RM100 kpd RM110 itu ASB.
Menukar RM100 kpd RM120 itu Unit trust.
Menukar RM100 kpd RM200 itu berniaga.
Namun,
MENUKAR RM100 KPD RM200,000 ITU HANYA BOLEH JADI DENGAN TAKAFUL.
Itu lah THE POWER of RM100 yang sukar dibandingkan dengan mana-mana instrument kewangan yang wujud dalam sistem kewangan sejagat.
In shaa Allah, semoga beroleh manafaat.
Rais Alimin
Financial and Takaful Advisor
0149072756

Wednesday 15 November 2017

MEDICAL CARD DARI SERENDAH RM63 SEBULAN




BUDGET MEDICAL CARD TAKAFUL TERBAIK‼

BERMULA DARI RM63/BULAN.

Ciri-ciri BUDGET MEDICAL CARD ini:-

📌 PEACE OF MIND.
Med card Full Coverage.
Hilangkan kerisauan anda terhadap 10% ko takaful. Tiada bayaran bersama sebanyak 10% untuk perbelanjaan perubatan.

📌TIADA LAGI KERISAUAN HIDUP TERLALU LAMA.
Bil perbelanjaan perubatan anda ditanggung sehingga umur 99 tahun.

📌GUARANTEED RENEWAL
Jangan khuatir medical card anda tidak diperbaharui jika claim terlalu tinggi pada tahun yang terdahulu.

📌TIADA LAGI KERISAUAN LIMIT TAHUNAN YANG RENDAH.
Limit tahunan pilihan dari RM90,000 dan keatas.

📌JANGAN KHUATIR JIKA TERKENA PENYAKIT KRITIKAL YANG MENELAN KOS PERUBATAN YANG TINGGI.
Tiada limit untuk penggunaan bil perubatan seumur hidup anda. Guna selagi anda bernyawa.

📌TABUNG KECEMASAN
Tabung kecemasan kepada keluarga jika terlibat didalam kemalangan sehingga RM20,000.

📌BANTUAN KECEMASAN KEROSAKAN KERETA
Hilangkan kerisauan anda terhadap bantuan membaiki dan menunda kereta anda yang rosak ke bengkel yang anda pilih sendiri. FREE TOWING.

📌DAPATKAN PENDAPAT KE-2 DARI PAKAR.
Anda berhak untuk meminta pandangan & pendapat dari lain2 pakar.

📌MEDICAL CARD MERENTAS SEMPADAN.
Kebebasan keluar negara. Dapatkan bantuan semasa anda diluar negara dengan bantuan SUPREME ASSIST. Travel assist & international medical assistant sedia membantu anda tanpa mengira dimana anda berada.

📌SEBAHAGIAN CARUMAN KELUARGA ANDA DITANGGUNG OLEH GETB 5%
Anda akan dihargai dan dikenang sebagai ketua dan ahli keluarga yang hebat kerana mengambil tanggungjawab besar menanggung bil perbelanjaan perubatan keluarga, ibubapa, adik beradik & pekerja anda.
Oleh itu GETB amat menghargai insan istimewa disekeliling anda, dapatkan harga diskaun untuk mereka yang tersayang & juga diskaun dari agensi kami untuk pekerja anda yang merupakan kunci kejayaan anda hari ini.


-----------------////-------------------

Dapatkan bantuan khidmat nasihat PERCUMA dari AAA, berada didalam industri since 2005.
FULLTIME CONSULTANT.

#GREATEASTERNTAKAFUL
#AAAAGENCY

Ahmad Rais Alimin

☎0149072756

Friday 15 September 2017

‘COMMON QUESTIONS’ TENTANG HARTANAH


Ramai di antara kita tertanya tanya tentang proses atau apa saja berkaitan dengan perumahan.  Adakah anda termasuk di dalam golongan yang bertanyakan soalan soalan di bawah. Jika ya, kami ada jawapan bagi setiap soalan tersebut. Kami membantu anda memberikan jawapan terhadap segala persoalan yang anda utarakan. Ini sekadar contoh soalan yang sering kami ketemui dalam menjalankan penerangan dan bantuan khidmat nasihat tentang hal hal berkaitan perumahan.
·         saya nak beli tapi gaji saya macam tak cukup je? 
·         Umur saya dah 41 tahun, berapa tahun saya boleh buat pinjaman? 
·         Gaji saya cash, boleh buat ke? 
·         Saya memang masuk gaji dalam bank, tapi saya tak ada epf, socso, takde ea form semua. Macam mana? 
·         Saya tak mampu nak beli rumah baru, kalau rumah subsale atau lelong macam mana? 
·         Bank apa yang bagus? 
·         Nak ambil konvensional atau islamik loan? 
·         Hutang bulanan saya ada tertunggak, boleh ke saya mohon pinjaman bank? 
·         Bank reject permohonan saya tapi saya rasa saya dah bayar habis hutang yang blacklist. 
Location rumah macam mana? 
·         Saya dah ada first rumah, saya nak beli rumah kedua. Boleh guna epf dan peminjam yang sama as second borrower tak? 
·         Saya dah ada terrace, tiba tiba teringin nak beli flat untuk buat second house. Boleh ke?
·         Lawyer ini untuk apa pula? Boleh ke kalau saya cuma nak guna satu lawyer sahaja?
·         Saya dah buat value tentang rumah saya pada 3 tahun yang lepas. Sekarang saya dah ada renovate sikit sikit.  Boleh ke saya tambah kos saya ke dalam valuation yang saya pernah buat dahulu?
·         Saya risau kalau beli rumah tengah buat takut tiba tiba pemaju tutup, bagaimana nak elak risiko seperti itu?
·         Saya ada aset sebuah rumah teres, bolehkah saya gunakan rumah saya untuk menstrukturkan kewangan saya kembali?
·         Bolehkah saya mendapat pengecualian bayaran pada setiap tahun, contohnya untuk musim cuti sekolah?
·         Saya terlewat membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan saya. Apakah yang akan berlaku?
·         Rumah saya telah disita. Apakah cara untuk saya lakukan?
·         Saya berurusan dengan seorang brooker hartanah yang tidak mempunyai lessen yang sah. Apakah ia akan  membawa risiko bagi saya?
·         Saya ingin membeli hartanah untuk pelaburan, apakah jalan yang terbaik?
·         Sebelum membeli apakah yang terbaik untuk dilakukan bagi mendapatkan rumah idaman yang berkualiti dan menepati segala kemudahan?
·         Antara menjual rumah pertama saya dan menjadikan ia sebagai satu pendapatan sewa bulanan, yang manakah lebih baik?
·         Saya tak tau langsung pasal dunia pinjaman, tolong advise. Boleh?
Ya, ini hanyalah sebahagian dari pertanyaan yang mungkin sedang bermain di fikiran anda. Kami membantu menyelesaikan persoalan anda dengan khidmat nasihat oleh pakar pakar kami.


ANDA ADA KEMUSYKILAN, KAMI AKAN BANTU. 

Sunday 20 November 2016

RUMAHKU SYURGAKU BAB 3: KAK! PINJAM TALI NAK UKUR BAJU... (BAHAGIAN 2)

(BERSAMBUNG DARI BAHAGIAN SATU)

Mempunyai pendapatan lebih masa merupakan satu kelebihan pada para pekerja yang hanya mempunyai pendapatan tetap dan elaun tetap.  Adakalanya pendapatan lebih masa atau OT ini mempunyai nilai yang lebih besar dari bayaran elaun tetap yang diterima oleh seseorang.  OT berdasarkan jumlah kerja lebih masa seseorang pekerja pada bulan tersebut.  Bayaran pula bergantung kepada gaji asas seseorang dan berapa jam pula OT yang dilakukan. Secara kasarnya, OT ini kelihatan seperti tetap pada setiap bulan, namun sesetengah pemberi pinjaman tidak melihat OT ini sebagai satu pendapatan yang tetap dan adakalanya jumlah OT bulanan itu akan dikira secara purata untuk mendapatkan satu nilai purata pendapatan. Pendapatan ini akan dimasukkan kedalam kiraan asas gaji peminjam bersama elaun tetap yang lain. Ada sesetengah peminjam bertanyakan:

"kenapa tak kira penuh? kan tu dapat tiap tiap bulan. Memang OT wajib pun ni tuan"
Mengapa? Ini pendapat saya secara rasional. Pemberi pinjaman melihat OT sebagai satu pendapatan yang sering berubah pada setiap bulan. Jika dilihat dari sudut nilai adakalanya ia tidak menentu. Ada masa ianya tinggi dan adakalanya bayaran itu rendah. Ianya berbalik semula kepada faktor jam pekerja itu melakukan kerja lebih masa.  Di sini merupakan satu risiko bagi pihak pemberi pinjaman untuk mengandaikan ianya akan sentiasa kekal pada bila bila masa. OT boleh berubah dengan pelbagai faktor di dalam syarikat seperti penambahan kakitangan ataupun pengurangan pengeluaran. Jika pengurangan pembayaran lebih masa ini berlaku, pihak pemberi pinjaman akan mengandaikan pendapatan yang dimiliki oleh peminjam akan berlaku penyusutan. Bila adanya penyusutan ini, peminjam boleh berhadapan risiko kekurangan tunai untuk melunaskan pembayaran ansuran bulanan mereka tidak termasuk perbelanjaan harian seisi keluarga. Jika perkara ini berlaku, peminjam yang akan mengalami masalah seperti kelewatan pembayaran dan tunggakan. Secara logiknya jika berlaku sudah pasti akan adanya faedah diatas kelewatan pembayaran. Walaupun ini secara kasarnya seperti satu keuntungan kepada pemberi pinjaman namun seboleh bolehnya risiko ini cuba dielakkan dari awal lagi demi menjaga keselesaan si peminjam. Ingat, pembiayaan perumahan anda bukanlah satu pembiayaan yang semudah seperti pembiayaan kereta ataupun kredit kad. Ianya akan melibatkan jumlah faedah yang tinggi tanpa anda sedari lebih lebih lagi jika anda mengambil pinjaman berasaskan sistem konvensional.  Jadi di sini secara tidak langsung pihak pemberi pinjaman cuba untuk melindungi peminjam dari awal lagi tentang kredibiliti dan keupayaan peminjam untuk melunaskan bayaran ansuran bulanan. Diharap selepas ini anda yang mempunyai pembayaran lebih masa didalam penyata gaji bulanan anda akan lebih faham tentang mengapa elaun lebih masa itu tidak dikira sepenuhnya. Kebiasaannya para pegawai pembiayaan akan menerangkan tentang hal ini terlebih dahulu ketika anda membuat permohonan. Jika tidak, anda boleh sahaja bertanyakan kepada mereka untuk mendapatka kepastian.

Isu gaji tunai adalah satu isu yang sering juga berlaku di kalangan kita.  Gaji tunai adalah sesuatu yang sukar untuk dibuktikan nilai sebenarnya hanya berdasarkan slip pembayaran gaji.  Lebih menyukarkan apabila ada sesetengah yang berpendapatan tunai tidak mempunyai potongan KWSP.  Potongan KWSP adalah sesuatu elemen yang membantu pihak pemberi pinjaman untuk menganggarkan gaji bulanan anda. Disitu kiraan boleh dibuat untuk mengandaikan berapakah gaji bulanan anda berdasarkan potongan tetap KWSP anda. Namun jika tiada potongan KWSP, pemberi pinjaman akan sukar untuk menafsir pendapatan anda. Ada juga peminjam yang bertanyakan kepada saya:

"Tuan, habis tu macam mana? takkan selama lamanya saya tak boleh nak memohon apa apa pinjaman tuan? saya memang ada gaji, cuma tak masuk bank je.."

Saya sering menasihatkan para pelanggan di dalam golongan ini dengan cara yang mudah namun harus mempunyai displin yang bagus.  Ingat! Ianya memerlukan displin yang bagus. Jika anda mempunyai gaji tunai, bukalah satu akaun simpanan di mana mana bank tempatan anda berada. Anda boleh membuka akaun simpanan anda di Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN dan bermacam bank lagi. Pilih bank yang memberi keselesaan untuk anda berurusan dari segi pengeluaran dan juga kemasukan wang.  Yuran pembukaan akaun adalah bergantung kepada polisi bank yang anda kunjungi.  Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:


  • Pilih dan buka akaun simpanan di bank pilihan anda. (Ingat! Faktor pengeluaran dan kemasukan wang adalah mudah dan selesa bagi anda).
  • Jika anda menerima gaji tunai pada setiap hujung bulan sebagai contoh pada 30hb atau 31hb, depositkan wang gaji anda pada hari yang sama anda menerimanya. Ini untuk membuktikan pembayaran slip yang anda terima dan nilai kemasukan itu adalah sama. 
  • Bagi yang mempunyai dua kali pembayaran gaji pada setiap bulan, kebiasaannya disebut 'ADVANCE', anda depositkan juga nilai yang anda terima dua kali pada setiap bulan. 
  • Anda cuba untuk mendisplinkan hal ini sekurangnya selama ENAM BULAN berturut turut. 
  • Cetak penyata simpanan anda. Sesetengah bank memberikan penyata simpanan dan urusniaga pada setiap bulan kepada anda. Simpan dan failkan dengan kemas. 
  • Jika anda mempunyai pendapatan lain seperti pendapatan sampingan kecil, masukkan juga ke dalam bank. Ini bagi membuktikan yang anda mempunyai aliran wang tunai keluar dan masuk setiap bulan. 
  • Elakkan menyimpan gaji tunai di rumah, simpankan ia di bank bank yang anda pilih.  Selain daripada menjamin keselamatan, ianya juga untuk membuktikan bahawa anda mempunyai pendapatan pada nilai nilai yang tertentu. 
Tidak kiralah berapa wang gaji tunai yang anda terima, displinkanlah diri untuk membuat simpanan terlebih dahulu. Rekod ini penting untuk membantu anda dalam memohon pembiayaan perumahan. Antara lainnya anda juga boleh melakukan permohonan joint account ketika proses permohonan pembiayaan dengan pasangan anda yang mungkin mempunyai gaji tetap melalui bank. 

IMPIAN VS REALITI

Anda telah pun memilih lokasi yang anda inginkan untuk kediaman anda. Anda juga telah berbincang dengan pasangan anda tentang kediaman jenis apa yang anda impi dan inginkan. Anda juga secara tidak langsung tentu telah memikirkan barang perabot untuk dibawa masuk bukan? Maaf, sekadar bergurau sahaja. 

Perkara pertama dan kedua (LOKASI dan JENIS KEDIAMAN) saya selalu ungkapkan sebagai satu impian. Ini kerana kita mengimpikan sesuatu lokasi dan jenis kediaman yang kita ingini. Perkara ketiga iaitu 'KEMAMPUAN' adalah satu perkara yang saya ungkapkan sebagai 'REALITI'. Mengapa saya berkata sedemikian?   Kerana ini adalah sesuatu yang benar dan tidak dapat dielakkan atau diketepikan. Anda boleh mengimpikan apa jua jenis kediaman yang anda ingini, namun REALITI ini harus selaras dengan apa yang anda inginkan. Antara persoalan KEMAHUAN dan KEPERLUAN, ianya akan membezakan anda dalam mendapatkan kediaman yang anda ingini. Namun jika kita kuat berusaha untuk mencapai keinginan kita, insyaALLAH segalanya akan tertunai jua. Semoga anda mendapat manfaat untuk posting kali ini. 

INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT TENTANG PEMILIKAN KEDIAMAN ATAU KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN ISLAM? ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN: 0149072756 ATAU EMAILKAN PERTANYAAN ANDA KE keepshout@gmail.com